Rabu, 20 Mac 2013

Neuro Sains 3?




Saya nyatakan kepada lelaki yang menjadi pembantu menguruskan rumah jiran itu bahawa saya mahu menggunakan petak di tengah untuk kenderaan saya.



Dia membantah dengan mengatakan perlu dihormati garisan yang disediakan di petak meletakkan kenderaan.



Saya menyatakan bahawa jika ditelitikan terhadap keluasan balkoni di bahagian dapur villa kami, ternyata blok villa di bahagian hadapan villa ini adalah jauh lebih luas berbanding keluasan balkoni dapur villa kami dengan tujuan memintanya menyedari bahawa garisan itu tidak dapat diterima, memandangkan saya tidak melihat orang lain di rumah itu yang memiliki kenderaan.



Sementelahan saya menyedari wujud individu lain selain penyewa yang menggunakan fasiliti Ini berikutan kegagalan pekerja untuk memberikan saya salinan nama penyewa-penyewa dan negara kerakyatan mereka di villa kami dengan tujuan untuk diketahui kerakyatan mereka agar ia menjadi cara untuk diketahui perbezaan yang wujud di antara kami pada sudut budaya, agama, kepercayaan, bahasa, adat serta resam yang dibawa oleh mereka bagi dihormati dan difahami atas keberadaan saya sebagai seorang isteri dan ibu yang muslim yang menetap setiap hari di rumah dan perlu berhadapan dengan semua pekerja dan penyewa yang sesekali menyapa saya dan saya berpendapat mereka juga berhak mengetahui kerakyatan, bangsa, agama, bahasa budaya, kepercayaan, adat resam keluarga saya untuk dihormati kehadiran kami.




Saya beremosi dengan hak ketika menyatakan permintaan saya untuk menggunakan petak itu. 



Dan menyatakan kepadanya siapakah yang menelefon pihak pengurusan ketika suami saya meletakkan kenderaan di atas ‘footpath’, serta merta petugas meminta ianya dialihkan tatkala perbuatan ini turut dilakukan oleh penyewa lain.  



Saya juga menyatakan padanya bagi mengenali siapa jiran kami, anak sulong saya terpaksa merintangi kenderaan yang tidak pernah kami lihat sebelumnya di petak itu.



Dia menafikannya seraya meninggalkan saya yang jelas menegaskan bahawa jangan menggunakan kegagahan sebagai lelaki ke atas wanita seperti saya.  


Saya meminta dia berunding dengan suami saya di atas perkara yang membuatkan dia tidak berpuas hati.




Saya tidak menjelaskan kepadanya apa yang berlaku tatkala pemilik kenderaan yang dihalang oleh kenderaan anak kami ketika mengetuk pintu rumah kami. 


Gertakan untuk membuatkan kami berasa bersalah. Sama seperti yang pernah dilakukan oleh seorang lelaki Pakistan yang mengeluarkan ugutan sewaktu tanpa niat kenderaan kami menghalang laluan ketika berlaku ‘over heat’ yang menyebabkan enjin kenderaan baru dibeli oleh anak sulong kami berasap secara tiba-tiba sehingga memaksa kami berhenti di tengah jalan selepas lampu isyarat di lorong laluan utama menuju ke Aspire bersebelahan Hyatt Plaza di Villagio.



Saya masih boleh mengingati bagaimana polis trafik juga menunjukkan marah kepada kami ketika itu.


(saat ini saya mengenang semula tentang kejadian  lelaki-lelaki india atau yang semirip mereka yang melanggar dengan sengaja kenderaan kami sewaktu berada di tempat awam, lelaki-lelaki yang memandu kenderaan mewah menunjukkan kemarahan dengan mengutuk kami sebagai pinoy dan beberapa insiden lain yang cuba dilupakan)



Kepada pengawal yang betugas saya jelaskan ketidak puasan hati saya yang berasa tidak sedia dihormati oleh lelaki-lelaki ini kerana saya seorang wanita asia yang beragama islam.


Saya tidak berpuas hati tentang pemberitahuan peraturan yang tidak pernah dilanggari  oleh anak-anak remaja saya seperti berbuat bising dengan nyanyian di tengah malam sewaktu jiran-jiran sudah tidur, menghisap syisya atau merokok di kelab, menggunakan premis dan harta villa sehingga merosakkannya.





Saya nyatakan juga tentang perbezaan keluasan balkoni antara villa-villa sehingga menjadi keperluan untuk penyewa dan pihak pengurusan memahami mengapa saya berpendirian untuk tidak menerima batas garisan yang disediakan di petak kenderaan sementelahan keluarga saya antara keluarga yang mempunyai ramai bilangan ahli keluarganya.


Pengawal ini juga diperingatkan bagaimana dia telah meminta saya atau suami menulis email bagi menjelaskan salah laku salah seorang petugas yang sememangnya diketahui mempunyai sikap yang bersalahan dengan tugasnya sebagai pekerja sokongan yang perlu membantu penyewa bukan mengikut arahan pihak yang mengambil kesempatan ke atas kami sekeluarga.


Saya juga berujar tentang petugas yang bertugas menjaga kebersihan kelihatan tidak sedia membersihkan sampah di laman balkoni kami tatkala dia melakukan perkara itu di villa-villa yang lain.


Saya meminta dia menyampaikan kepada lelaki pembantu rumah di villa jiran kami bahawa saya tidak sukakan lelaki itu tetapi saya masih menghormatinya sebagai jiran saya.


Tentang kebersihan yang saya lakukan tanpa membezakan di antara laman jiran dengan laman vila saya sendiri.



Semua ini perlu saya nyatakan bagi mengetahui apakah sebab dan alasan hampir kesemua hak kami sebagai penyewa diganggu misalnya tidak dibenarkan meletakkan kasut di luar villa, perlu mengangkat kesemua rak kasut, mengalihkan basikal-basikal dari balkoni hadapan villa, tidak meletakkan meja dan kerusi di hadapan villa, tidak boleh membasuh kenderaan di villa malah rumput di taman kecil kami tidak dimesin setelah saya menyatakan beberapa bulan yang lalu agar rumput di taman kami tidak dimesin kerana masih pendek.



Semua ini dilakukan ke atas kami sahaja kerana villa lain yang disewa oleh penyewa inggeris msih menempatkan basikal, meja kerusi di hadapan villa malah wujud kegiatan pekerja sokongan di villa ini yang mengambil upah membasuh kenderaan penyewa villa pada awal pagi sejurus selepas waktu subuh.



Saya katakan ini adalah sikap ‘double standart’ mereka dan pihak pengurusan.



Siapakah yang mendakwa kami tidak menghormati jiran?


Siapakah yang mendakwa kami bermasalah kerana hubungan keluarga yang renggang?


Siapakah yang mendakwa kami bersikap cemburu pada kesenangan dan rezeki orang lain?




Sesungguhnya hidup merantau walau pun bernegara masih ianya tidak menjamin keuntungan diri …



Villa di sini tidak mengkategorikan status keluarga untuk dikenali penyewa yang menyewa secara bujang atau berkeluarga.


Ini sering menimbulkan masalah kerana wujud segelintir penyewa yang gagal menghormati kehidupan berkeluarga kami yang beragama islam apabila lelaki-lelaki bujang malah yang sudah beristeri ini ada yag membawa wanita yang diketahui bukan isteri mereka ke dalam rumah.



Ini bukan soal saya.

Tetapi sebagai sebuah negara islam Qatar kelihatan mengabaikan perkara ini.



Budaya membawa wanita ke dalam rumah sangat asing kepada kami anak beranak walau pun sedaya upaya saya cuba memahamkan kepada mereka ia menjadi amalan budaya bagi yang berlainan agama dengan kami.


Ya sesunguhnya hidup merantau di tanah teluk walau pun bernegara tidak menjamin keuntungan diri tatkala kita bukan bangsa arab atau inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan