Rabu, 20 Mac 2013

Neuro Sains 1?



Alamat kediaman dan nama jalan tidak penting di zaman moden ini?



Hampir dua bulan yang lalu saya berhadapan dengan isu-isu kecil berkaitan dengan soal kejiranan di villa kediaman kami di Building 74, Beverly Hills Garden 11, Abu Hamour berhampiran Al-Maamoura.


Sewaktu kami mula menyewa di villa nombor 6 hampir tiga tahun yang lalu kami tidak mempunyai jiran kerana villla-villa di kiri atau kanan unit villa yang kami sewa masih tiada penyewa.

Benar, villa unit 5 dan unit 7  tidak ada penyewa ketika kami mula menyewa di vila nombor 6. 

Sementelahan rumah kami tidak beralamat dan ketidaktepatan lokasi untuk digazetkan alamat setiap kediaman kelihatan tidak penting kepada kerajan di sini.


Kami tidak mengenali siapa jiran-jiran kami selain Eula seorang wanita dari Jerman yang menyewa di hadapan villa kami selepas setahun kami tinggal di sini dan 'Sweeaty' seorang wanita berkulit hitam yang sangat baik budi bahasanya kepada saya dan anak biar pun kami hanya berkenalan dalam masa yang amat singkat.


Saya juga sering bersapa dengan seorang wanita dari Thailand yang sering beriadah bersendirian pada waktu malam. Wanita yang suka dengan tanaman-tanaman ini biar pun tidak peramah orangnya kami pernah beberapa kali bersapa.
 
Hampir setahun mendiami Abu Hamur hampir setengah dari jumlah tiga puluh villa- villa ini kosong tanpa penyewa. 

Pada waktu itu juga seorang lelaki tempatan yang hanya dikenali sebagai Ali memperkenalkan dirinya dan sering dilihat berada di villa di hadapan villa kami, menyatakan bahawa dia menyewa di villa bernombor 7 yakni jiran di sebelah kanan villa kami. Menurutnya, villanya sedang di dalam pengubah suaian.
 
Kami tidak mengambil tahu urusan yang bukan melibatkan kami sehinggalah tatkala anak sulong menemuinya bagi meminta persetujuan untuk berkongsi menanam rumput, penyewa bernama Ali ini menafikan villa itu sebagai villa sewaannya dengan mengatakan villa itu disewa oleh rakannya. 

Kami terpinga-pinga dan tidak dapat meneka siapakah sebenarnya yang menyewa villa bernombor 7 ketika itu.
 
Sehinggalah tatkala saya dan suami berada di tanah air, anak-anak mengkhabarkan bahawa penyewa di villa bernombor 23 menjadi jiran di sebelah kami di villa bernombor 7.


Selama berjiran kami tidak pernah bersapa atau bertegur untuk beramah mesra walau pun sesekali kami bersama-sama berada di luar kawasan rumah.


Kami tidak dapat mengenali mereka walau pun saya dan anak gadis ingin menghadiahkan sesuatu tatkala mereka memperolehi seorang bayi sebagai tanda kami turut bergembira dengan kelahiran itu.


Ini realiti kehidupan di sini. 


Telah dinyatakan pada salah satu blog saya yang lainya bagaimana sewaktu tinggal di Matar Qadeem kami hanya mengenali jiran yang tinggal di hadapan pintu apartment kami setelah dia meninggal mengejut oleh serangan jantung.



Tidak ada apa yang salah untuk berkata benar.





Setiap hari saya perlu mendepani karenah-karenah yang entah bagaimana wujudnya menjadikan kami bagaikan tidak diterima oleh ‘masyarakat pekerja’ yang menjadi pekerja sokongan di villa ini yang kesemuanya terdiri dari lelaki dari Nepal, India dan Arab (umumnya lelaki Mesir) dari pihak pengurusan ibu pejabat pemilik villa ini.

''Merekalah’ seolah-olahnya yang menentukan setiap aktiviti yang perlu kami lakukan dan menjadi pemerhati ke atas aktiviti kami sekeluarga.

Tatkala mereka hanyalah merupakan pekerja sokongan yang terdiri dari pembantu rumah dan pengawal keselamatan di samping pekerja yang bertugas sebagai pembersih di villa ini.

Selain itu kami juga seperti sengaja diminta ‘menguruskan’ emosi kami tatkala wujud tekanan-tekanan dari pekerja-pekerja yang menguruskan pembersihan pengdingin hawa, penyembur racun serangga serta unit sokongan ‘plumber’ selain pekerja yang memotong rumput dan menanam bunga di villa ini.

Isu kasut, isu polisi tidak membasuh kenderaan di villa, isu rancangan televisyen, penjadualan penyemburan semboran serangga dan beberapa isu yang kecil dan remeh temeh seperti meletakkan kenderaan di bahu jalan di hadapan unit villa 6, kami anak beranak seolah-olah diundang untuk berkonflik.


Mereka hanya kumpulan pekerja sokongan rendah.

Saya adalah isteri kepada seorang jurutera professional yang tidak mempunyai pembantu untuk membantu menguruskan urusan rumah saya sendiri. 

Apakah serupa kedudukan saya dengan pekerja-pekerja kumpulan sokongan di mata orang-orang tempatan?

(Ya Allah rendahkanlah diri ini di mata ku sendiri) 


Dengan separuh emosi saya simpan suara rasa ke sanubari.


Adakah saya seorang pembantu rumah di dalam keluarga saya sendiri?


Adakah Nurlaila itu seorang pembantu rumah?


Atau Laila Ali itu pekerja am?


Atau Lelawati itu sendiri diandaikan sebagai orang gaji?


Soalnya kepada siapa? 


Siapa majikan saya sehingga begitu rendah sekali moral ‘para pemain’ yang tidak saya ketahui ini?


Nama pena saya ialah tejathanaif dan thanaif. 


Tidak ada sesiapa yang mempunyai hak ke atas nama pena ini meski pun catatan-catatan saya telah diterjemahkan(dengan perasannya :))  apabila saya tidak pernah meminta sesiapa melakukannya bagi pihak saya.


Oleh kerana gangguan-gangguan ini saya telah menambahkan Hajjah Lelawati binti Mohd Ali bagi membezakan nama saya sebagai seorang yang beragama islam, berketurunan melayu dan bernegarakan Malaysia.

 

1 ulasan:

  1. Catatan ini mengisahkan tentang jiran kami di unit 5 yang merupakan lelaki-lelaki bujang (tanpa keluarga) yang mempunyai pembantu rumah yang juga adalah lelaki (dikatakan pembantu kerana lelaki ini hanya tinggal di rumah dan sering dilihat mengemas balcony di samping sering menghidu bauan masakan)

    BalasPadam