Rabu, 20 Mac 2013

Neuro Sains 1?



Alamat kediaman dan nama jalan tidak penting di zaman moden ini?



Hampir dua bulan yang lalu saya berhadapan dengan isu-isu kecil berkaitan dengan soal kejiranan di villa kediaman kami di Building 74, Beverly Hills Garden 11, Abu Hamour berhampiran Al-Maamoura.


Sewaktu kami mula menyewa di villa nombor 6 hampir tiga tahun yang lalu kami tidak mempunyai jiran kerana villla-villa di kiri atau kanan unit villa yang kami sewa masih tiada penyewa.

Benar, villa unit 5 dan unit 7  tidak ada penyewa ketika kami mula menyewa di vila nombor 6. 

Sementelahan rumah kami tidak beralamat dan ketidaktepatan lokasi untuk digazetkan alamat setiap kediaman kelihatan tidak penting kepada kerajan di sini.


Kami tidak mengenali siapa jiran-jiran kami selain Eula seorang wanita dari Jerman yang menyewa di hadapan villa kami selepas setahun kami tinggal di sini dan 'Sweeaty' seorang wanita berkulit hitam yang sangat baik budi bahasanya kepada saya dan anak biar pun kami hanya berkenalan dalam masa yang amat singkat.


Saya juga sering bersapa dengan seorang wanita dari Thailand yang sering beriadah bersendirian pada waktu malam. Wanita yang suka dengan tanaman-tanaman ini biar pun tidak peramah orangnya kami pernah beberapa kali bersapa.
 
Hampir setahun mendiami Abu Hamur hampir setengah dari jumlah tiga puluh villa- villa ini kosong tanpa penyewa. 

Pada waktu itu juga seorang lelaki tempatan yang hanya dikenali sebagai Ali memperkenalkan dirinya dan sering dilihat berada di villa di hadapan villa kami, menyatakan bahawa dia menyewa di villa bernombor 7 yakni jiran di sebelah kanan villa kami. Menurutnya, villanya sedang di dalam pengubah suaian.
 
Kami tidak mengambil tahu urusan yang bukan melibatkan kami sehinggalah tatkala anak sulong menemuinya bagi meminta persetujuan untuk berkongsi menanam rumput, penyewa bernama Ali ini menafikan villa itu sebagai villa sewaannya dengan mengatakan villa itu disewa oleh rakannya. 

Kami terpinga-pinga dan tidak dapat meneka siapakah sebenarnya yang menyewa villa bernombor 7 ketika itu.
 
Sehinggalah tatkala saya dan suami berada di tanah air, anak-anak mengkhabarkan bahawa penyewa di villa bernombor 23 menjadi jiran di sebelah kami di villa bernombor 7.


Selama berjiran kami tidak pernah bersapa atau bertegur untuk beramah mesra walau pun sesekali kami bersama-sama berada di luar kawasan rumah.


Kami tidak dapat mengenali mereka walau pun saya dan anak gadis ingin menghadiahkan sesuatu tatkala mereka memperolehi seorang bayi sebagai tanda kami turut bergembira dengan kelahiran itu.


Ini realiti kehidupan di sini. 


Telah dinyatakan pada salah satu blog saya yang lainya bagaimana sewaktu tinggal di Matar Qadeem kami hanya mengenali jiran yang tinggal di hadapan pintu apartment kami setelah dia meninggal mengejut oleh serangan jantung.



Tidak ada apa yang salah untuk berkata benar.





Setiap hari saya perlu mendepani karenah-karenah yang entah bagaimana wujudnya menjadikan kami bagaikan tidak diterima oleh ‘masyarakat pekerja’ yang menjadi pekerja sokongan di villa ini yang kesemuanya terdiri dari lelaki dari Nepal, India dan Arab (umumnya lelaki Mesir) dari pihak pengurusan ibu pejabat pemilik villa ini.

''Merekalah’ seolah-olahnya yang menentukan setiap aktiviti yang perlu kami lakukan dan menjadi pemerhati ke atas aktiviti kami sekeluarga.

Tatkala mereka hanyalah merupakan pekerja sokongan yang terdiri dari pembantu rumah dan pengawal keselamatan di samping pekerja yang bertugas sebagai pembersih di villa ini.

Selain itu kami juga seperti sengaja diminta ‘menguruskan’ emosi kami tatkala wujud tekanan-tekanan dari pekerja-pekerja yang menguruskan pembersihan pengdingin hawa, penyembur racun serangga serta unit sokongan ‘plumber’ selain pekerja yang memotong rumput dan menanam bunga di villa ini.

Isu kasut, isu polisi tidak membasuh kenderaan di villa, isu rancangan televisyen, penjadualan penyemburan semboran serangga dan beberapa isu yang kecil dan remeh temeh seperti meletakkan kenderaan di bahu jalan di hadapan unit villa 6, kami anak beranak seolah-olah diundang untuk berkonflik.


Mereka hanya kumpulan pekerja sokongan rendah.

Saya adalah isteri kepada seorang jurutera professional yang tidak mempunyai pembantu untuk membantu menguruskan urusan rumah saya sendiri. 

Apakah serupa kedudukan saya dengan pekerja-pekerja kumpulan sokongan di mata orang-orang tempatan?

(Ya Allah rendahkanlah diri ini di mata ku sendiri) 


Dengan separuh emosi saya simpan suara rasa ke sanubari.


Adakah saya seorang pembantu rumah di dalam keluarga saya sendiri?


Adakah Nurlaila itu seorang pembantu rumah?


Atau Laila Ali itu pekerja am?


Atau Lelawati itu sendiri diandaikan sebagai orang gaji?


Soalnya kepada siapa? 


Siapa majikan saya sehingga begitu rendah sekali moral ‘para pemain’ yang tidak saya ketahui ini?


Nama pena saya ialah tejathanaif dan thanaif. 


Tidak ada sesiapa yang mempunyai hak ke atas nama pena ini meski pun catatan-catatan saya telah diterjemahkan(dengan perasannya :))  apabila saya tidak pernah meminta sesiapa melakukannya bagi pihak saya.


Oleh kerana gangguan-gangguan ini saya telah menambahkan Hajjah Lelawati binti Mohd Ali bagi membezakan nama saya sebagai seorang yang beragama islam, berketurunan melayu dan bernegarakan Malaysia.

 

Jumaat, 8 Mac 2013

Bagaimanakah Membina Ilmiah?

Catatan ini pernah disiarkan di salah satu blog saya.

Bagaimanakah dirasionalkan bila semakin ramai gadis-gadis berminat untuk melakukan pekerjan lelaki?

Kesedian gadis-gadis bersikap terbuka bagi mengakui bahawa mereka berasa 'enjoy' dengan pekerjan perladangan, perakaman gambar, penerbitan filem dan pertukangan sebagai contoh hanyalah kerana mereka beralasan bahawa mereka sudah semakin rimas dan berasa [enat untuk memiliki rutin tetap yang tidak berubah-ubah yang secara tradisi diwarisi oleh ibu dan nenek yang hanya pada kitaran berkemas, memasak, mencuci, mendobi dan menguruskan rumah sejak mereka masih perawan sehingalah setelah berkahwin mereka berpindah ke rumah suami yang tidak  menjadikan mereka  berstatus pemilik.


Sementelahan pula anak gadis saya berasa dilema wujud di kalangan wanita sekiranya sebahagian dari mereka tidak bernasib baik untuk berisiko tingal di rumah orang-orang tua.

Institusi kekeluargan di dalam Islam apakah masih menyembunyikan kedamaian serta ketenangan jiwa dan akal penganutnya apabila kini semakin terserlah penyeragaman cara hidup dengan bantuan pemoderatoran pakar-pakar kaunselor serta pemotivasi bagi menguruskan pembinan syaksiah ahli-ahli keluarga mereka.



"Prinsip-prinsip kekeluargaan itu dibina bagi melindungi masyarakat." Jiwa saya mengujarbicara  ke dalam minda.



"Wujudkah pencemaran dalam pembinan keluarga?"


"Pengasingan tempat bermuamalat antara gender masih tidak mendapat sokongan di sesetengah tempat yang sudah terbiasa dengan deklarasi persaman hak, malah wujud fenomena kaum lelaki mereka tercabar hanya kerana kewujudan gerabak pengangkutan awam yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Didakwa seolah-olah wujud keadaan yang memperlihatkan seolah-olah kaum wanita sudah menjadi terlalu aggresif hanya untuk mendapatkan tempat di hadapan."


"Bukalah catatan-catatan lama mu, pasti ada banyak yang boleh kita takulkan secara bersama wahai jiwa."



"Mereka akan mengubah dan meminda setelah menterjemah sesuka rasa catatan asal ku. Mereka tidak menghormati kewujudan diri saya," minda bersuara perlahan.



Adakah psikitrit sudah menjadi virus bersifat halunisasi oleh sifat zaman yang mencabar realiti ummat yang berfitrah sebagai manusia yang memiliki kelemahan tatkala mereka berusaha membina kekuatan?



Bagaimanakah jika ia turut berpunca dari keterlaluan disempurnakan cara hidup insan tatkala lokasi dan wilayah yang bersempadan berbeza kepentinganya?



Masihkah kita memerlukan alasan yang sama apabila memasuki sempadan yang berbeza negaranya dalam usaha membina pembangunan dan memperkembangkan kemajuan?


"Peradaban masyarakat moden tidakah mempunyai mesyuarah , persepakatan di antara masyarakatnya selama ini?







Sabtu, 23 Februari 2013

CH + 20(g) = CO(g) + 2H 2 O(g) Disalahkan Oleh Simbol?


Lemas! Seperti sudah tiada oksigen di ruang udara untuk menghilangkan kelemasannya.
"Apakah lagi yang menyakitkan hati mu?"
"Menyusun semangat dari aturan acara-acara sukan upayakah menjadikan perubahan kepada kehidupan beragama ummah?"
"Jika tidak suka, dikau memeraplah di dalam rumah."

"Apakah perlu  menzahirkan kekecewaan  kepercayaan yang diberikan kepada dunia arab tatkala mereka dilihat gagal menggunakan kesempatan untuk menzahirkan peringatan kepada pengisian kehidupan beragama bagi yahudi, nasrani dan muslim?"
Temannya dilihat memalingkan wajah sambil menghela nafas yang panjang.
"Siapakah yang akan membuka  dan mengundang untuk ummat memasuki Jurusalem dan Al Aqsa dengan tenang dan aman setelah pola komunikasi didominasi oleh Zionis di seluruh angkasa dan disambut meriah oleh warga di sini dengan 'wa ka wa ka' yang kini sudah berbaur pelbagai tabla gegendang gong seakan-akan mahu menyabut 'Rumi' yang tidak sesekali memerlukan alunan irama bunyi bunyian.Tatkala naga tiada di dalam Al-Quran teori siapakah dijaring buat melingkari perjalanan ini?"
"Kesal mu tidak berhujung. Kesal saya kerana tidak upaya membaca tanda yang dikau sempadankan... namun mereka tidak menyesali apa-apa..."
"Ya, mereka sudah dinormalkan untuk menerima Jesus anak Mary tidak lari dari dari singa atau harimau bila tiada sesiapa yang mengejarnya ... Jesus hamba Tuhan lari dari khalayak jahil yang bodoh."


Sebuah Negara Palestein tidakkah perlu menjadi prioriti untuk membawa jaminan keselamatan tatkala kita yakin dunia memerlukan arkitek keamanan untuk pengembangan ekonomi yang menambah sifat komoditinya kepada pendidikan, kesihatan, telekomunikasi, multimedia yang  diorganisasikan semula dengan kaedah komposit setelah ia distrukturkan oleh itech kajian proses permaklumatan?


Apakah wujud perubahan tatkala politik dan ekonomi dipetakan sosialnya oleh tuan/puan yang memiliki ‘Israel’?


Dengan keluhan dia menyatakan bahawa dia perlukan kerelevanan untuk berasional terhadap ‘Jurusalem ke Kosovo’ kerana mereka mempersendakan keimanannya sebagai seorang muslim ‘sejak sekian lamanya’  tanpa keterlaluan dizahirkan kemarahan’ selain reaksi kemeluatan terhadap gandingan yang disengajakan untuk mereka yang bukan segender dengannya.

Khamis, 14 Februari 2013

Ego ...


Catatan ku di Independent  Blog Website pada 1/1/12

My daughter just mentioned about Madame Zaha Hadid a few days ago.

She just admirer her creative idea on architecture design in our modern decade.

For me it much more than that when Madame Zaha Hadid being accepted to the man domination world. Being accepted in the man domination world must be a challenging  to her but it make we must have a new methodology to become a module in the early education syllabus for environment and human activity.

The policy of environment is on who's hand when we do understand not many people support the new development of creating high building surround them - when the new ecology of  the management system still neglect the  rights of people concern about their experience to face the disaster impact from the power of legal law in their country.

Does Madame Zaha Hadid transfer the new energy on reality when the differences location with the differences weather produce different product and different needed to make the creativity become reality?

 

And lastly Madame Zaha Hadid  works, inspired the harmony of justice and really will make the peace movement in the new perspective and new direction to man domination world - must future technology make us be a mate or a comparative on each others when we do not stay in one location or one continent and much more than that we still face the unconcern currency to the project.

It really make a sense and i personally admirer her.

 

Khamis, 31 Januari 2013

Catatan Nota Dari http:/www.facebook.com/thanaif

Kedewasaan Tanpa Kematangan?


Catatan ini sering diganggu.

Mulai mencatatnya sejak 2006 dan masih belum berdaya disambung untuk menjadi catatan yang sempurna.

Ulang ulang serta mengulangnya banyak membuang masa dan menghilangkan fokus yang memindahkan perhatian ke sudut yang lainnya.

Malang sekali mereka merugikan diri sendiri dengan sengaja be a hackers dan mengganggu pelayaran yang tidak membawa apa-apa faedah bagi mereka yang hanya  mahu mencari keseronokan pada usia yang dibataskan oleh Allah.

Apakah yang direnungkan oleh mereka terhadap haiwan?

Kebijakan, kecomelan, kedunguan, kebiadaban atau simpati kerana berbelas kasihan pada haiwan-haiwan yang tidak menyedari mereka adalah binatang.

Lalu apakah perasaan yang dirasakan oleh manusia yang disengajakan dengan niat untuk dikategorikan sebagai binatang?


-=------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maturity?


These records are often harassed.



Starting noted since 2006 and still not able to be connected to a perfect record.



Repeat repeat and repeat and get rid of a lot of wasted time transferring focus attention to the other corner.



Unfortunately they lost their own souls to be a deliberate and disturbing voyage hackers who do not bring any benefits for those who just want to find fun at that age was limited by God.



What they reflect on animals?



Policies, cutey, ignorance, barbarism or compassionate sympathy for the animals who do not realize they are animals.



Then what are the feelings experienced by people inflicted with the intent to be categorized as an animal?


Mengapa blogspot.com menggagalkan muat naik gambar di blog saya?

Mengapa blogspot.com gagal menyediakan aplikasi untuk saya memuat naikkan gambar?

Mengapakah blog.spot.com gagal menyediakan untuk saya memuat naikkan gambar di blog saya sendiri?

Khamis, 24 Januari 2013

Maaf Kami Takutkan Bidda'ah Sehingga Melupakan Mu


Ulang Tahun Mu Yang Tidak Pernah Diraikan

12 Rabiul Awal tarikh milik siapa?

Hijriah sesi kiraan dan hitungan siapa?

Qamariah dan bima sakti ciptaan yang sia-sia?

Tatkala Isra’k dan Mikraj mendahului eletron mikroskop

Terjalur dimensi pada gambaran yang tidak tergambar di retina

Tatkala rakaman sebuah kamera masih tiada

Kelajuan cahaya dikau meniti tanpa angkuh

Ku baca fitrah yang lazimnya bukan lumrah

Lokasi vektor dan sejumlah bacaan pada angka-angka rakaat ibadat.
Selamat ulang tahun Ya Kekasih Allah Sallallahualaihiwasalam

Jumaat, 18 Januari 2013

Saya Mahu Mengundi !

Bagaimanakah menzahirkan kasih sayang?

Izinkan saya mengundi!

Dia tersenyum ...

Asas-asas kekuatan sebuah negara ialah tiada sesiapa yang berhak diabaikan walau bagaimana keadaannya jika benar semangat patriotik itu adalah dari sumber berkasih sayang.

Senyum itu tidak memberikan apa-apa imbuhan bila saya tidak dibenarkan mengundi!

Lantas kerana berhangat hati dia menawarkan satu perkhidmatan:

Sila berikan undi terhadap  penguatkuasaan undang-undang telah membenarkan remaja lelaki berusia 18 tahun dan remaja perempuan berusia 16 tahun berkahwin.

Kali ini senyumnya mempunyai suara.


Jika benar mahu mengikut sunnah Rasulullah Sallallahhualaihiwassalam, baginda berkahwin pada usia dua puluh lima tahun.
Ini sunnah nabi yang paling mudah untuk diikuti!

Sediakah diikuti sunnah Rasulullah Sallallahualihiwassalam? Baginda berkahwin pada usia dua puluh lima  tahun.

Sunnah Rasulullah Sallallahualaihiwassalam bukan lagi wajar sekadar merujuk poligami dengan empat isteri dan istilah baki quota tiga sebagai isu ummat bagi menunjukkan tanda beriman!


Pada masa ini usia dua puluh lima tahun adalah usia yang matang setelah mempunyai pengetahuan apabila telah menamatkan pendidikan. Pada usia ini seseorang itu juga telah berpendapatan.
Sudah memahami maksud tujuan dia dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan yang muslim.
Dia sudah mempunyai asas untuk menentukan sifat yang dimilikinya samada menjadi seorang muslim atau seorang munafiq atau seorang murtad atau menjadi seorang yang syirik atau menjadi seorang kafir.


Dia tidak memandang ke wajah saya. Berpura-pura tidak mengetahui bahawa saya bersuara hanya dengan pena yang masih banyak kelemahannya tatkala yang dimahukannya ialah memberdayakan lelaki yang dikatakan sudah hilang wibawa karisma dirinya sebagai pemimpin.



Pada usia dua puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah tentu matang tidak keanak-anakkan. Wajar disedari umumnya ibu dan bapa masa kini kelihatan bersifat kebudak-budakkan tanpa menyerlahkan wibawa diri sebagai ibu dan bapa.

Pada usia dua  puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah tentu sudah mempunyai pendapatan. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah berkerja sewaktu berkahwin dengan Ummi Mukminin Siti Khadijah binti Al-Walid.

(semak soalan saya terhadap pada usia berapakah seseorang itu wajar mempunyai simpanan tunai sendiri dan wajar pada ketika usia berapakah seorang lelaki itu mulai mempunyai hutang?)

Pada usia dua puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah mempunyai pendirian dan pandangan yang jelas terhadap fokus dan tanggungjawabnya untuk beramanah dan dipercayai.

Pada usia dua puluh lima tahun – seorang lelaki itu sudah upaya memahami erti setia  dari amanah bernikah.
 
Adakah usia lapan belas tahun dan enam belas tahun memahami maksud Rasulullah Sallallahualaihiwasalam :
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya dia telah memelihara sebahagian daripada agamanya."
 
Dia diam seperti lazimnya untuk tidak mahu menunjukkan maklum balas.
 
Benarkan saya mengundi jika dikau memahami maksud berkasih sayang!
 
Saya tidak melihat perkaitan mu. Tiba-tiba dia menjawab.
 
Berfikir mengikut Al-Quran menjadikan disifarkan masalah pelbagai bidang aktiviti. Teladan dari Rasulullahallahualaihiwasalam menjadikan syariat mudah difahami untuk dilakukan.
Terfikirkah dikau tentang sumbang mahram?
Bayangkan bila seorang bapa mendakap anak gadisnya yang berusia enam belas  tahun tatkala bapanya berkahwin pada usia lapan belas tahun sementelahan kini kesihatan sudah semakin menukar sifat semulajadi kita untuk menganuti ego kerana berjaya kekal kelihatan muda pada usia yang semakin senja.
 
( I do not need your order to think I am ‘someone’ as what you use to be when you just want to have the ‘isue and idea’)
 
 

Saya tidak suka konsep ‘Rumahku Syurgaku’ tatkala sebagai amanah menjadi seorang mukmin, syurga wajar diperzahirkan di mana-mana atas dasar sifat sakinah dan salamah menerbitkan damai oleh mawaddah kerana barakah.
Pemoderator tidak beretika dengan akhlak yang murni apabila menganjurkan agar bapa yang muslim  memelok anak gadisnya atau mendakap anak gadisnya atau mencium anak gadisnya bagi menzahirkan kasih sayang.
Begitu juga di sebalik penzahiran kasih sayang di antara seorang ibu dengan anak lelaki mereka...
 
BENARKAN SAYA MENGUNDI TANPA SYARAT TATKALA SAYA BELUM MENGGUGURKAN KERAKYATAN TANAH AIR.