Isnin, 21 Jun 2010

Bagaimanakah Adab Pulang Dan Pergi?

Saya masih ingat satu saat tatkala pulang bercuti ke tanah air.


Entah mengapa sering sahaja kesayuan yang mengiringi kepulangan kami yang diusahakan setiap tahun untuk diperdekatkan hubungan persaudaraan lantaran kami sememangnya tidak mempunyai ramai kenalan sering berakhir dengan kemuraman yang panjang.


Pulang bercuti hanya memberikan pengalaman indah kepada anak-anak yang kian dewasa dalam kehidupan tetapi masih perlu disantunkan pengalamannya.


Lantaran kos yang tinggi yang disumbangkan oleh kepulangan sesekali itu kerana keperluan menyewa kenderaan yang dilansungkan dengan percutian sekeluarga dan beban-beban semasa dari susun atur perkhidmatan berbayar tidak banyak hubungan-hubungan persahabatan dan persaudaraan upaya dijalinkan secara sempurna.

Apatah untuk mewangikannya.

Malah ada kenalan yang hanya sempat di jabat salam di tepi jalan sahaja – hanya sempat disapa di hujung talian sahaja – hanya sempat berkenal bagi dimesra hati di warung-warung makan sahaja – hanya upaya memandang-mandang dan berbalas senyum walau berdekatan untuk saling bertanya khabar - tanpa benar-benar makna hubungan itu upaya dihayati sebagai persaudaraan.

Lantas yang meriah hatinya apabila pulang hanyalah anak-anak.

Dakapan emak dan kakak-kakak sudah memadai merasakan kewujudan kasih sayang.


Saat yang diingati tatkala dengan sengaja kenderaan kami telah dihalang oleh sebuah kenderaan lain di petak meletakkan kenderaan..


Dikatakan sengaja kerana setelah berkali-kali membunyikan hon bagi menarik perhatian pemiliknya yang lazimnya akan berada berhampiran lantaran terpaksa meletakkan kenderaannya secara menghalang begitu,tidak ada yang datang menjengukkan wajah.


Hampir dua minit keadaan berlalu begitu sahaja tanpa ada yang tiba bagi memberi tanda kenderaan itu memang bertuan punya.

Menyabarkan suami dan diri sendiri kami mengambil masa lebih dua puluh minit untuk mengeluarkan kenderaan tanpa mahu meninggalkan kesan calar pada kenderaan itu.


Layanan-layanan untuk seterusnya ketika tiba dibalai ketibaan juga sudah memadai menjadikan kehangatan ‘mahabbah mawaddah’ kasih sayang yang tertimbun menghimpit di redupan kasih rindu yang merimbun selama setahun meluruh mengkeringatkan juzuk-juzuk jirim yang memenuhi hati dan jiwa kami.


Hangat kasih yang diadun selama setahun sering kami tinggalkan dibalai ketibaan sebelum mengutipnya semula untuk dibawa pulang dibalai berlepas bagi dihindari kami kehilangan kehangatan ‘mahabbah mawaddah’ rindu kasih itu.


Begitulah musim-musim kepulangan dan ketibaan kami sebelum kembali tiba semula musim-musim pemergian kami.


Entah siapa yang begitu tegar menyelongkar setiap laman yang berkunci rapi dan atas tujuan apa apabila ternyata diri tidak sudi masih mahu terus mereka mengeji untuk dihina dengan rasa benci.


Entah mengapa
Entah kenapa
Entah apa
Entah bagaimana
Untuk berbicara tanpa bersuara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan