Rabu, 9 Jun 2010

Hilang Lagi

Kehilangan catatan di atas tajuk 6666 berjumlah 76KB adalah kehilangan kali ke empat catatan dari simpanan fail peribadi di dalam usb.

Menjadi musykil sekiranya berterusan keadaan seperti ini berlaku yang dijadikan sebagai kesempatan untuk menyalah-gunakan penggunaan nama pencatat dan blognya ini.

Catatan yang dibuat kira-kira dua tahun lalu pada saat dan hari yang hampir sama.

Insan memakai pakaian untuk berbudaya atau budaya dipakaikan untuk insan?

Sukar juga proses asimilasi budaya dihayati sekiranya tidak dibawa bersama pengertian cara berfikir dan kaedah berpendirian itu miliki hubung kait yang erat dengan makna kata budaya itu sendiri yang membina kemajuan akal berminda.

Misalnya bagaimanakah ketidak-mampuan memahami pemakaian hijab di sesetengah negara masih wujud tatkala pelaburan kebanyakan syarikat-syarikat korporat di negara timur tengah dan dunia Islam khususnya sudah amat lumrah melihat pemakaian hijab di kalangan masyarakat tempatan.

Apakah panduan keterangan mengenai anutan agama dan kepercayaan yang menjadi kewajipan beragama yang masih kukuh menjalin pembinaan akar tradisi budaya di antara negara kian tidak mendapat perhatian?
Sementelahan semakin menjadi fenomena biasa wujud perkahwinan di antara rakyat asing dengan rakyat tempatan yang muslim menjadikan kemusykilan mengapakah masih perlu terus wujud penganutan khilaf terhadap budaya berpakaian negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi mereka?

Bagaimana mungkin tidak mampu memahami budaya dan adat resam penduduk di Timur Asia sedangkan telah lama giat diwujudkan sekolah-sekolah dan tadika berorientasikan pendidikan awal montessori yang ditawarkan tempat kepada kanak-kanak dan pelajar muslim untuk belajar di pusat dan institusi yang membawa makna memberikan keuntungan kepada mereka?

Bagaimana pula stuasi sebenar dari penginteraksian pekerja-pekerja muslim yang berkhidmat di syarikat mereka untuk ditransformasikan kemahiran yang turut digunakan untuk mengembangkan pembangunan hubungan manusia?

Mahu tidak mahu wajar diterima bahawa keupayaan rakyat tempatan adalah semakin diterima kewibawaan mereka yang wajar menjadikan taraf kemahiran dan pengalaman mereka khususnya bagi wanita muslim adalah sebagai sebahagian penyumbang kepada kemajuan hubungan di antara negara.

Apakah masih berterusan dianggapkan mereka bukan sebahagian dari individu yang turut menjadi penentu kepada aktiviti ekonomi meski menyedari tanggungjawab mereka ke atas masyarakat dan kewajipan masyarakat ke atas mereka?

Mengketengahkan idea saranan dan penyelesaian ummah bukan sekadar di kalangan warga sendiri jika tepat makna globlalisasi itu adalah perintisan untuk etika menyumbang perkembangan sihat yang mencetuskan keuntungan di setiap kesempatan untuk bersaing di dalam ekonomi menerusi siasah.

Justeru tuntutan bagi menaja pemahaman bahawa pengangguran adalah ukuran kemiskinan amat perlu ditangani bersama dengan muslimah yang berhijab dan berburqa sebelum disarankan alternatif buat mereka mengorbankan tempat di dalam masyarakat lantaran merela pelahir kepada ummat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan