Isnin, 21 Jun 2010

Selingkar Kisah

Semalam anak pulang dari rumah guru tusyennya dengan sungutan-sungutan yang kedengarannya membantah sesuatu.

“Mengapa?”

“Warga muda di sini menyatakan kepada kakak sewaktu dia bercuti seminggu di tanah air kita pemandu teksi telah bercerita tentang bekas pemimpin yang tidak diterima malah ‘diban’ di tanah air.”

“Mengapa marah dan bersungut?”

“Pemandu itu pak cik melayu dan atas alasan apa mahu mencemar percutian pelancong dengan cerita begitu.”

“Pemandu Teksi itu tahukah orang yang ‘diban’kan itu telah diterima malah dialu-alukan di Teluk. Jangan marah-marah dan bersungut lagi.”


Begitulah sifat-sifat perbualan santai setelah memasuki kenderaan sewa sejurus tiba di terminal ketibaan.

Kepekaan pemandu kereta sewa terhadap banyak perkara seperti menjadi tele laporan berita semasa yang dicetak dengan suara.

Umpamanya perluasan menggunakan bahasa inggeris bagi memaklumatkan informasi juga tentang kemudahan bantuan bagi pesara mendapatkan pekerjaan yang membunyikan irama protes secara hikmah terhadap sesuatu.

"Minyak dan tol semakin naiklah Pak Cik,"ayat mudah yang sesekali menjadi ayat perintah bagi membenarkan rindu yang tertindan tidak tenggelam oleh bualan-bualan terapi yang melunakkan perasaan.

Khianah cinta bagi pemusafir sesuatu yang mendera minda dan sewajarnya ia tidak keterlaluan disensasikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan