Selasa, 1 Jun 2010

Memboikot Piala Dunia 2010


Rachel bertanya tentang keberanian saudara-saudara!

Alam halunisasi saya tidak mendapat perintahnya tetapi kerasionalan saya sukar mahu membantah pendirian yang sejak semalam mulai berlingkar erat di dalam batin saya.

Katanya dengan jumlah terbesar ummah yang muslim, wajar diundang dipertimbangkan agar diboikot lawatan pemimpin sekufu Israel yang dijangka dilaksanakan pada 14-06-2010.

Ini kewajaran dengan terlimpahnya simpanan dari tabungan kesengsaraan ummat bukan semata-mata dirinya yang dilanggar oleh kenderaan berat itu dan tidak mendapat pembelaan dari kuasa rasa dan kuasa suara pemimpin negaranya.

Dakwa saya beranikah mereka?

Pujuknya berdasarkan keupayaan nusantara mengekalkan keamanan dan berjaya menjamin keselamatan keseluruhan rakyatnya diundang dpertimbangkan agar diboikot dan ditolak diteruskan acara pesta piala dunia pada 11-06-2010.

Bisik saya mereka bukan dari jenis yang benar-benar berani. Saya bimbang akan menghampakan dirimu.

Kami sekata terhadap hakikat bahawa pembunuhan terbaharu ini tidak lagi wajar dilihat wujud individu/organisasi/ pertubuhan/negara/pemimpin malah PBB diletakkan di atas undang-undang.

Janji saya padanya berdasarkan kewarasan muslim yang sentiasa menghormati undang-undang akan berterusan gerakan dianjurkan dihentikan pembelian barangan-barangan dari negara sekutu Amerika dan negara-negara yang gagal menetapkan pendirian mereka mengenai Israel dan Amerika juga negara-negara Teluk.

Perjalanannya telah tertulis tetapi saya masih jauh perlu meneruskan perjalanan ini.

1 ulasan: