Sabtu, 5 Jun 2010

Buku Conteng Amoi?

Buku Conteng itu bukan ada apa-apa catatan pun.

Lalu dibiliknya lagi catatan yang halaman berikutnya :

Kesempurnaan matanya ibarat frekuensi yang mengukuh fikir apakah gadis lanjut usia ini mahu merimbunkan mimpi-mimpi berbunyi realiti?

Pelajar tanpa pendapatan ini tidak tahu nilai indeks dan tidak upaya membaca angka-angka walau apapun ceritanya.

Adakah kemahiran membaca angka akan terus menganugerahkan pekerjaan tatkala pernah bacaan seperti ini melumpuhkan‘berring’ melebihi sembilan sifar malah kini seperti wujud usaha untuk terus dibenarkan kehilangan itu bernilai 'dua belas sifar'?

Hanya membaca angka kecil diujar sebagai tidak sihat untuk mendapatkan kejayaan berbanding angka-angka besar lalu bagaimana dengan deretan sifar yang mempunyai nilai ?

Trilion itu mempunyai dua belas sifar sedangkan sifar itu tidak bernilai.

Minda ini yang lemah bacaan matematiknya tidak berasa tercabar dengan ulasan-ulasan yang dipaparkan di buku terbaharu yang diliriknya bulan ini.

Adakah akal tidak berperanan pada medan spekulasi ini?

Reda yang bagaimana ia menjamin terpimpinnya nasib dan masa depan simpanan yang upaya hilang hanya dengan sekali pelaburan lantas bagaimana pula keadaannya apabila berkali-kali ianya hilang?

Spekulasi penetapan harga antara aktif berinsentif dan mutlak pemonopolian ekuiti tidakkah ada unsur beriba di situ?

Apakah yang dirasakan tatkala kerana nasihat kita berpotensi mengalami kerugian dan kehilangan simpanan yang dicetuskan oleh mereka yang hanya mahukan keuntungan dengan cara yang pantas dan upayakah dirawat keketagihan mencabar ego hanya kerana berani berdepan risiko?


Apakah jenis kelulusan yang upaya menawarkan pendapatan kepada setiap pelajar dan upaya pula mendekatkan realiti angka-angka di pasaran?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan