Selasa, 15 Jun 2010

ISU GENDER MASALAH KEPADA POLITIK BARAT ATAU SIASAH ISLAM?

Sikap keliru yang memperalatkan gender dianggap kegagalan baru bagi emansipasi wanita yang perlu bersama diperbetulkan kerana itu wanita amat perlu terus diberdayakan bukan diperdayakan kerana kelahiran ummah itu di tangan mereka ia dituntut penanggung-jawabannya.

Proses melahirkan generasi rabbani yang berbudayakan akidah tidak sepenuhnya memerlukan nilai cara hidup kebaratan yang dibenarkan sepenuhnya ditandai oleh holly wood bagi mewakili barat dan bolly wood yang mewakili Timur (pada saya berbeza makna peradaban barat dan timur).

Justeru itu usah memusuhi ‘kemualan’ rasa kepada mereka yang sengaja mewujudkan krisis dan konflik mengenai penggenderan.

Diulangi bagaimanakah kita bersedia mendekatkan jurang perbezaan di antara gender kerana bermediakan minda adalah untuk mengubah masyarakat.

Bagaimana mengeluarkannya dari lingkaran lazim fakta semasa wanita dan lelaki itu sama haknya dari sudut kemanusiaan dengan menegaskan bagaimana perlaksanaan hukum syariat Islam dilakukan di dalam masyarakat moden hari ini.

Mediakah yang gagal lantaran penjawatnya berpendapatan dan sukar mengabaikan pemeliharaan kepentingan mereka?

Adakah dunia memerlukan dua jenis nilai mata wang dan atas permainan apakah terhalanya pendiskriminasian terhadap Islam yang bersifat universal pada pakaian wanita mereka misalnya?

Bagaimanakah pemusatan kuasa Komanwel upaya menjadi pemustaan persaudaraan sejagat selaras dengan ‘seni konservetifnya’ ang unik untuk dilihat kefungsian Parlimen yang membersamakan tanggungjawab dan hak atau ianya perlu menyamai kefungsian Senate Amerika?

Gender juga menjadi isu kepada politik moden sehingga menimbulkan cabaran kepada sikap menilai kemerdekaan?

Bagaimanakah ia mewujudkan reaksi untuk diabaikan tindakan generasi yang tidak menyedari natijah dari diskriminasi?
Generasi perlu lebih adil tanpa kekal bersikap bias terhadap adat kebiasaan kekeluargaan muslim yang tidak dapat dipisahkan/diasingkan dari aktiviti harian kehidupan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan