Sabtu, 26 Jun 2010

Suap-Suapan Di Hari Bahagia

Mendapat berita mengenai mereka yang kita kasihi akan berumah tangga menyegarkan sejenak jiwa dan minda saya.


Segar semula semua kenangan lama.


Dari mula terbetik khabar," Qar nak kahwin, mama yang digilir tukar menjadi Apiq mahu kahwin mak dan Syuhadah sedia bernikah mak," tidak dapat dibayangkan pasti rasa saya kecuh tahap gaban seluruh jiwa raga kakak-kakak saya agaknya...melahir dan membesarkan anak-anak teruna dan anak-anak dara tentu tidak dapat di gambarkan bagaimana keriangannya bila akan mendapat menantu perempuan dan menantu lelaki.


Bertuah badan orang pantai timur,tengah,utara dan selatan.


Tetapi keseronokan melengkapkan persiapan perkahwinan sebenarnya tak semeriah dahulu walau masih wujud amalan bergotong royong.


Saat begini hubungan ukhuwwah di antara mertua ipar lamai saudara kerabat di kedua pihak tidak diabaikan jika selama ini kesibukan dan kesuntukan masa menjadi alasan untuk dieratkan hubungan menantu dengan mertua.Biar pun kenalan taulan ramai menghulur tangan.


Dulu-dulu ... ramai-ramai kejar ayam bila nak buat kenduri, ada sedara di kampung, menangis bila anak lembu selama meniti usia mahu menjadi dewasa, di manja di belai dengan berkata-kata, makan dihulurkan terpaksa dijual (tak pasti di korbankan untuk aqiqah atau koban aidil adha)...seisi rumah saudara saya menangis bila ia terpaksa di lakukan...rasanya bapa saudara saya keluar meninggalkan rumah tak tahan melihat anak lembunya dibawa pergi.

Saat ini mahu sahaja bertanya sepupu di Negeri Sembilan meminta pengesahan.


Saudara jauh datang memenuhi undangan, yang tidak kenal rupa masa ini berdakap mesra, sesekali terasa seperti berhari raya apabila perlu berziarah mencari dan mendapatkan saudara-saudara yang tertua tanda mereka tetap tunggak yang dikekalkan mahkota budaya sebagai adat berbahasa sebelum tepak sireh membuka bicara bagi dilansungkan ikatan hubungan mempelai pada upacara pernikahan mereka.


Pengalaman semasa budak-budak dahulu yang tidak mengambil perhatian kuatnya nasab hubungan saya dengan keluarga sebelah aruah abah dan emak mengguriskan kecewa apabila anak-anak mengulangi perkara yang serupa, mengambil mudah tentang kukuh dan eratnya hubungan adik beradik sepupu ibu dan bapa saudara emak abah mereka berbanding rakan teman handai dan taulan yang hanya menyerikan sinar kegembiraan dalam tempuh-tempuh ria yang singkat.


Pernah saya bertembung dengan dua orang makcik yang berpakaian secara orang kampung, termanggu-manggu mahu mencari bas yang perlu dinaiki untuk ke rumah adiknya.

Saya membantu dan kami menaiki bas yang sama.

Malamnya saya bertemu kembali ke dua makcik tu di rumah bapa audara sepupu emak, tahan telinga tahan rasa bila kena 'umpat' yang tidak pahit bahkan manis di telinga...semula saya tersenyum seorang.

Sejauh manakah pengetahuan mengenai susur galur akar keturunan dan nasab kekeluargaan berupaya memelihara hubungan di antara manusia yang proses mewujudkannya telah membina masyarakat?


Orang yang sedang menjadi pengantin pula banyak yang sedia mengorbankan diri, di suruh itu buat, di suruh ini ikut, peluh pun tak mampu dikesat sendiri perlu dibantu pengapit atau mak andam. Bahasa mereka juga tidak bersuara, menjadi tertib rupanya pengantin buat seketika.

Tak pernah menyuap ke mulut orang lain terpaksa pula mereka saling menyuap-bersuapan,...guna tangan atau sudu tetap kena menyuap di acara makan beradab... sopan rupanya pengantin...tersipu-sipu kena menyuap dan disuap.... kembali saya tersenyum seorang.

Kini malu mempelai di acara majlis santap dan bersuap-suapan kebanyakannya telah hilang. Entah bagaimana mahu dikutip semula rasa dan perasaan malu silu itu.

Masa berkahwin ini pun pengantin akan mendapat banyak hadiah yang terdiri dari pelbagai keperluan asas hidup berdua. Seronok pengantin kerana ada sokongan tanpa permintaan untuk memulakan hidup baru jika pemberian itu sesuai, jika tidak ia akan tersimpan berhabuk atau dikitar semula sebagai pemberian hadiah di hari perkahwinan teman yang lain.

Yang tersenyum memanjang ialah ibu dan bapa, banyak undangan ramai jabatan salamnya, sarat berkepuk-kepuk helaian yang belum tahu apa warnanya, namun biasanya ini tidak pernah menjadi ukuran.

Hati ibu bapa sebenarnya bahagia bila tanggung jawab dan amanah menguruskan perkahwinan anak berjaya dilaksanakan dengan penuh kasih sayang.


Saya kira saya beruntung kerana tiada suap menyuap di hari bahagia saya, tidak banyak hadiah yang diterima kerana tidak ramai kenalan ( yang ramai saudara dan kenalan keluarga ) akan tetapi adakah emak tersenyum atau tidak saya tidak pernah perasan.

Bila begini saya rasa tidak berhutang...
Tidak pula perlu disebut-sebut menjadi umpatan.

Di dalam takdir Allah hanya satu pernikahan anak-anak saudara sahaja upaya dipenuhi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan