Selasa, 29 Jun 2010

Boneka Penglipor Dara?

Terlara tatkala diundang untuk berpura-pura
Menjadikan menerima sahaja apa yang dikata
Menerobos liang sekecil roma
Hanya untuk melihat wajah dan rupa?
Untuk mudah diumpat kata oleh mutlak mata benda?


Selama ini siapa yang mengekor mahu bersama?
Bukan diri terhidu-hidu ingin nama harta atau apa sahaja yang menstatuskan bangsa
Bukan diri tahu siapa yang menala setiap gema tala
Bukan diri menjaja menjual maruah nama
Setelah tahu dan sedar satelit di angkasa hanya diguna
Untuk menjejak memerhati memeriksa tanpa kad kuasa
Sedangkan telah terbebas penjenayah yang membunuh jiwa
Anak-anak yang tidak berdosa.


Dosa siapakah itu?

Dosa warga yang tidak diasuh untuk bertaaruf konsep adil yang jujur?

Perubahan tidak sempat mempengaruhi biar bergilir Pak Menteri?

Dosa siapakah itu?

Pembaharuan tidak sempat mempengaruhi biar berganti polisi?

Dosa siapakah itu?

Lalu

Memadaikah diukur sambutan hilai tawa
Pada jenakarama yang entah apa-apa
Sehingga berkerut dahi anak-anak remaja
Petanda bantah sikap ‘abang-abang’ muda mereka
Bersketsa tentang karma sutra selongkar isi di dalam kain seluar
Itukah yang paling lumayan upah menerima laba
Tatkala sesungguhnya yang terluah adalah dilemma
Dilemma yang telah merendahkan harga budaya.


‘Abang-abang Asia’ yang sungguh durjana
Malunya sudah menjadi lolongan Sang Serigala
Membaham siapa sahaja asalkan penonton bergembira
Di atas pentas berbadutkan watak Boneka Penglipor Lara


Mari terus ketawa?
Pada kelucahan yang menggambarkan kerendahan budaya siapa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan