Khamis, 24 Jun 2010

Wajarkah Dakwah Di Manipulasikan?

Beberapa kemusykilan baru semakin merimbun melebatkan persoalan.

Bagaimanakah pengendalian dari microsoft words membenarkan auto save digunakan bagi memproses semula catatan yang ditulis dan disimpan di dalam dokumen di fail peribadi penggunanya?

Adakah ini bagi menambah jumlah mereka yang berpendapatan di atas kehilangan peluang dan kesempatan pihak yang berhak untuk mendapatkan pendapatan?

Bagaimanakah terwujud menerusi capaian di auto save ini gambaran seperti dibenarkan sesebuah syarikat untuk bertindak mewakili diri pemilik asal sesuatu penulisan di blog yang digusarkan digunakan dengan kaedah yang bertentangan dengan maksud dan tujuan asal penulisan ini dihasilkan umpamanya mengurang atau menambah ungkapan semasa di dalam proses penterjemahan juga kekhuatiran jika sesuatu blog itu dihubung-kaitkan dengan pelunasan tuntutan pihak berkepentingan di dalam mengkonsepkan kebajikan yang dijalinkan dengan perjudian.

Isunya bagaimanakah ia dilaksanakan apabila tidak pernah wujud keinginan atau hasrat
untuk penjualan bagi catatan-catatan di siber digunakan oleh medan media eletronik atau bercetak atau dilibatkan dengan mana-mana projek apabila terzahir wujud individu dan kumpulan yang tidak dikenali yang bertindak terlebih dahulu menghack email-email di akaun peribadi hotmail,gmail dan yahoomail.

Sementelahan tidak wujud apa-apa perjanjian yang upaya membuktikan persetujuan dengan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas hasil cipta asal.

Adakah idea masih menjadi alasan untuk diabaikan persoalan ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan