Khamis, 3 Jun 2010

Mahkota Yang Berwarna Merah Muda

Masalah di sini ialah kesemua pengkordinatoran bagi kemasukan kemudahan muat turun telefon bimbit diselenggarakan dengan cara muat tambah khidmat aksesori dari talian telefon bimbit kegunaan peribadi sales girl/sales boy!

Fenomena ini tidak ditemui di tanah air (namun setelah apco menjadi perkhidmatan langganan) tidak diketahui masalah yang sama ditemui atau tidak)

Mungkinkah kerana sistem pengkordinatoran sepenuhnya tertakluk kepada sistem yang dipiawaikan oleh Amerika yang mulai terancam oleh pendedahan-pendedahan kerahsiaannya mulai dicabar oleh kematangan daya berfikirnya manusia?

Namun pada realitinya sistem telekom England juga berfungsi sebagai jalur laluan saluran yang memudahkan pengaksessan perisian pengkomputeran yang turut dikendalikan dari satelit.

Sikap tidak relevan semakin terserlah tatkala disengajakan wujud dua kategori bagi merujuk urus guna tenaga yakni di antara muda dan wanita yang lebih dewasa lantas apakah wujud keadaan seperti itu di kalangan lelaki yang turut dikategorikan sebagai lelaki tua lelaki belia dan remaja?

Ciri-ciri keanak-anakkan ini menjadikan tidak lansung kelihatan dijenamakan insan sebagai pelaburan tinggi oleh mudahnya moral dijual-belikan tatkala proses urus pentenderan di kalangan eliet dan korporat hanya mematlamatkan keuntungan yang diraih dari rakyat marhaen yang terpaksa membuat pilihan.

Lantas kemuraman minda yang miskin iman itu apakah mahu dibahukan ke atas mereka yang imannya tidak perlu diransang oleh siri uji kaji selidik untuk dianalisa libidonya kerana maju mundur tabah kedinamikkan sifat beriman itu disumberkan dari akhlak Kekasih-Kekasih mereka yang menjadi ahli syurga oleh sifat taqwa bukan dengan tawaran memenuhi mimpi-mimpi dan khayalan.

Isu kekecilan Israel membuatkan minda tersengih melihat ‘kemurkaan’ para pemuda yang bertaji ayam jantan setelah ketaknya tidak bertelor sebagaimana ayam betina yang riuh sekampung kerana sebiji telor.

Anak-anak marah kerana dakwanya saya bersinikal dengan darjah kelucahan sopan.

"Kelian tidak tahu makna peribahasa dan erti yang terkandung di dalam simpulan bahasa kerana lazimnya dirutinkan 'siooot','cayalah lu','gempak gila' yang kadangkala terluah 'lahabau'.
Taji ayam itu bermahkota, buat apa nak berebut dengan ayam yang kesemuanya bermahkota kerana kehidupan seekor ayam baik yang jantan atau betina ialah di tangan para sembelih!"

Berhenti memanipulasikan setiap keadaan tatkala terlihat seperti pengaturan wabak untuk berdemamkan ‘global government’ tanpa ‘good government’.

Terimbas dahulu pernah menjadi paparan di ruang siber syarikat tertentu waktu mula menjenamakan sistem merealitikan acara di televisyen, wajah-wajah yang berlumuran darah akibat dipukul atau dicederakan sebagai ancaman bagi mereka yang terlebih berani dari majikan,lalu wajar ditanyakan apakah ia masih perlu menjadi budaya pemuda bertaji ayam jantan?

Semakin sukar mahu menetapkan saluran mana yang bebas dari wawasan 2020?

"Apa lagi yang mampu saudara/i lakukan selain mengodem lap top ini?"

"Mahkota "King' dan 'Queen' budak-budak ini kelihatanya seperti taji ayam."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan