Isnin, 12 Oktober 2009

Keroncong Perpatih

Catatan itu bertarikh 27.4.2007. Alasan ia dicatatkan kerana kesediaan didengari pertanyaan-pertanyaan yang digemakan pada talian tanpa diganggu oleh amaran atau tekanan baik secara zahir mahu pun batin.
Saat itu musykil ku hanya bagaimanakah ia upaya memahami bahasa lidah ku bertutur.


Menyoroti paparan sekitar kemelut dan konflik natijah dari peralihan kuasa negara-negara seluruh benua minda berujar apakah sudah sampai saat dan ketikanya pilihanraya di mana-mana tanah air memerlukan pemantauan dan pemerhatian dari Badan atau Organisasi Bebas untuk dilihat bagaimana pengurusan dan perjalanan sistem pilihanraya dilakukan?

Bagaimanakah rasa kebertanggungjawaban sebagai warga mampu diterima sebagai tugas yang beramanah agar sistem demokrasi yang ingin dipertahankan tidak lagi kaedah pilihanrayanya dipertikaikan?

Bagaimana pula kewajaran menjadi hak yang dihormati buat setiap warga untuk berasa nasib terbela apabila kedalaman jurang antara rakyat menjadikan keberdayaan daya untuk bersaing apa lagi rasa kebersamaan hasil dari demokrasi dipulihkan?

Adakalanya amat berat rasa di hati untuk mengakui bahawa kerajaan yang ada seakan-akan kurang mampu memberi perlindungan kepada rakyat terutamanya di saat-saat pilihanraya yang diperakui kedaulatan undang-undangnya terpelihara oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik berasaskan keluhuran perlembagaan, dilaksanakan.

Jika mahu membuka jendela baru dunia yang bersumber dari rantau sebelah sini,persoalan ini perlu ditangani dengan penuh kejujuran.

Adakah dengan perbezaan isu yang melibatkan integriti dipersoalkan, kita tidak sedia bersikap terbuka khususnya di dalam politik apabila mudah difahami tahap kebebasan berfikir dan bersuara akan berakhir dengan pendominasian pendirian dan tindakan yang lebih agresif akan dikenakan?

Jelas keseragaman bentuk kaedah yang diterima guna inilah yang dipertikaikan di era penjajahan globlalisasi yakni terjadinya tragedi bersilih-gilir kelaparan, kemiskinan kebuluran dan kemunduran oleh kekurangan makanan sehingga kualiti kesihatan tidak mewajarkan gabungan ketinggian teknologi memajukan kehidupan mereka yang disepikan dari arus pembangunan.

Pendidikan yang diglobalkan sebenarnya ke mana mahu dihala tujukan andai pembangunan moral dan nilai estetika budaya menggalakkan permusuhan juga persaingan yang tidak sihat di antara warga.

Tiba-tiba termanggu minda apabila tanah air mahu membekalkan guru-guru untuk mengajar Matematik dan Sains di dalam bahasa Inggeris ke salah sebuah negara di Semenanjung Arab.
Jiwa terpukul rasa kerana sekian lamanya sudah diketahui penerimaan modenisme sebagai cara didepani zaman-zaman sebelum dan selepas peperangan-peperangan dunia.
Kemewahan dari isi bumi telah sepenuhnya dipergunakan namun ummat masih tidak dipimpin dengan pimpinan agama ke atas negara.

Justeru adakah diri berkhilaf andai mengingini Pakatan Rakyat mempereratkan makna hubungan di setiap organisasi yang bernaung di bawah PBB bagi memperkukuhkan kemandirian dan kebolehan warga setiap negara menerusi bahasa dan budaya negara itu sendiri demi untuk menempa dunia globlalisasi yang lebih terarah berpadu fizikal dan spritualnya dengan dikemaskinikan keberdayaan untuk berdikari?

Kebanggaan untuk berbudaya dengan nilai-nilai susila wajar diberikan sepenuh kebertanggung-jawabannya kepada warga itu sendiri mencorak dan membentuknya.

Tiba-tiba Institusi Perguruan Tinggi tanah air dan Maktab-Maktab Perguruan kelulusan diplomanya terasa adalah merupakan maruah bagi anak warga di tanah air.Ia seperti ‘trade mark’ yang berjaya dimiliki oleh negara dan struktur institusi ini telah diberi saingan yang sihat oleh institusi swasta yang berorientasikan kesepaduan ilmu duniawi dan ukhrawi yang memiliki sekolah-sekolah persendirian yang kini anak-anak didik institusi ini telah membanjiri pasaran kerja yang upaya diteladani sudut fikrah dan amalinya.

Selain memfokuskan pendirian institusi perubatan pakar, memakenismekan guna tenaga berkemahiran di dalam sektor penyelidikan dan pembangunan sumber insan, sewajarnya institusi swasta ini memfokuskan kelahiran Maktab-Maktab Perguruan Khas dan Teknikal yang mengungguli sistem pentarbiahan dan pendidikan.

Bagaimanakah sistem persamaan yang bersungguh-sungguh mahu dihayati bilamana asas yang asasi yakni makanan, perlindungan dan pakaian menjadi komoditi yang digredkan penjenamaannya untuk mengaktifkan sifat konsumer bagi mendenyutkan dunia keglamoran yang bersumber dari tenaga dari api udara air juga tanah sehingga memerlukan dikerah tulang empat kerat mereka yang disepikan hak pemilikannya?

Minda membernaskan idea bahawa penbentungan najis juga perlu ditambah menjadi asas-asas asasi yang mesti dipenuhi penyediaan selenggaraannya demi jaminan kesihatan yang lebih sempurna.

Kritikal yang kritis adalah pada kaedah teknik dan cara pengeluaran pengagihan juga penggunaannya.

Konfliknya adalah pada penyemulajadian sikap yang membatas nikmat yang menyukarkan manafaat kerana yang sengsara adalah ramai ummat,sedang yang terjamin kelansungan kebajikannya hanyalah beberapa kerat sahaja yang upaya dibuktikan menerusi bacaan indeks Gross Domestik kebanyakan negara.

Ya mana mungkin kewarasan merelevankan kekayaan 80% dari isi bumi hanya diuruskan oleh 20% kelompok kecil ummat yang turut mendominasikannya?

Produk di pasaran sering menzahirkan hanya negara-negara di Utara sahaja lebih menikmati pembangunan sedangkan negara di Selatan terus dilanda kemiskinan yang menatijjahkan pengubahsuaian syarat-syarat perdagangan lebih banyak digubal untuk mereka berbanding negara yang berada di selatan yang sering mudah meminta dipandu tunjuk menerusi bantuan pendanaan seolah-olah tiada wujud warga bistari dari pengolahan pendidikan mereka.

Adakah tertib berbudaya yang bersumber dari Utara merupakan keperluan untuk menjadi lambang kepintaran sehingga resapan sisipan ‘ideologi’ menjadikan sukar mahu dikenali beza moden antara budaya timur dan barat?

Apakah agenda yang ada pada catatan ku wahai orang muda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan