Jumaat, 16 Oktober 2009

Undi Ku Bukan Rahsia

Dia berbual-bual dengan akal yang dianugerah Allah di dinihari waktu tatkala diamati pesanan bahawa seandainya ada sesuatu sebesar biji sawi di dalam batu atau di lapisan teratas langit mahu pun di bawah perut bumi,pasti akan didatangkannya yakni tetap berada di dalam pengetahuan Tuhan. Lantas kesepian itu tidak wajar menjadi bukti kemuflisan idea untuk menyantunkan kebiadapan yang telah disengajakan dilakukan selama ini.

Minda yang kecil itu diputar terbalikannya tatkala semakin berasa bosan apabila terserlah pendambaan kemelut dan konflik hanya sekitar pentenderan semula kekayaan di negara-negara yang mempunyai sumber yang banyak tetapi dimiskinkan oleh pembinaan warga-warga yang tidak diberdayakan kebolehan kemampuan dan potensi dirinya sehingga wujud usaha permotivasian bagi disepara robotkan kemanusiaan mereka.

"Apakah rutin sebenar sokongan dikau yang bermula dari pengikonan membawa kepada kerosakan manusia berbudaya setelah agama berjaya diabaikan di dalam mengurus kemanusiaan?"

"Lantaran email-emailmu dipantau dan dipergunakan pengenalan dirimu tanpa izin marahmu sukar diredakan?"

"Beberapa hari yang lalu sekali lagi 'tetikus mouse' tidak berfungsi walau pun baru ditukar yang baru,papan kekunci untuk ditaip huruf gagal digunakan untuk beberapa ketika, secara tiba-tiba akses ke internet juga bertukar kepada i800 yang bukan merupakan talian kegunaan kami. Seolah-olah mereka juga berjaya mencuri membaca catatan peribadi di lap top pertama yang tidak disambungkan ke talian internet. Daku juga berdepan dengan kehilangkan dua catatan tatkala di dalam proses meninggalkan komen di blog seorang Profesor juga laman Guru-Guru Malaysia. Email di Yahoo Inbox ‘loadingnya’ menjadikan pilihan untuk 'sign out' tidak berfungsi. Mereka begitu yakin menunjukkan kuasa bahawa selaku penceroboh mereka memiliki persamaan hak dengan saya sebagai pemilik akaun email peribadi ku."

"Bersabarlah kerana kegiatan seperti itu dilakukan oleh para ‘hacker’ yang keterlaluan mahu mempromosikan penjualan ‘software back up system’ yang sedang aktif dijaja oleh syarikat-syarikat tertentu."

"Adakah kemudahan IT dan pasarana satelit bermatlamatkan tiada sempadan bermakna tiada undang-undang untuk dihormati? Adakah ancaman menjadi asas melahirkan kepercayaan atau budaya tanpa setiakawan yang tidak memerlukan 'standart' moral berpengetahuan?"

"Mereka memindahkan pendudukan pengaruh menerusi minda. Mereka mahukan idea tetapi secara bersopan agar kewibawaan diri tidak tercemar."

"Dayus hipokrasi siapakah yang dizahirkan?"

"Mungkin penceroboh yang gemar mempermainkan kuasa atau anak-anak yang tidak dibekalkan dengan etika."

"Sebenarnya isu-isu antarabangsa telah menjadi medan latihan menstrukturkan kekuasaan juga pelobian tender menerusi kemaraan tentera."

Bualan mindanya terhenti tatkala bergema dikumandangkan suara jiwa.
"Daku tidak pernah mengundi BN."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan