Jumaat, 9 Oktober 2009

Warkah Meminta DiHormati Pilihan Ku

Saudari ku,

Melihat panorama patung-patung simbol keamanan yang menjadi daya perlambangan negaramu terbetik hasrat keinginan untuk bertanya bagaimanakah selama ini Senate, Assemblee Nationale,Parlimen dan yang setaraf dengannya tidak upaya menghentikan terlaksananya tindakan undang-undang dan pencabulan terhadap makna tertubuhnya sebuah negara yang memiliki kemerdekaan?

Bagaimana pula menurut sudut sisi pandangmu mengenai kewajaran dimiliki perbezaan tindakan di antara ahli-ahli Parlimen negara Islam dengan ahli-ahli Parlimen bukan dari negara Islam terhadap ketiadaan kebebasan bersuara di kalangan warga di negara Islam?

Dikau memerlukan alasan?

Tidakkah menjadi kewajipan buat ku memahami makna lunas-lunas perundangan di dalam demokrasi?

Andai dakwa mu ia bukan urusan ku itu hanya petanda untuk dikau akui kelemahanmu bagaimana kaedah memproses pembinaan masyarakat sebenarnya disusun oleh undang-undang bukan semata-mata dilakukan buat dipenuhi piawaian keperluan kehendak manusia sahaja khususunya pemodal yang berketurunankan penguasa bangsawan dan kaum eliet, yang mahu dikau rahsiakan kegagalanmu memahaminya tatkala begitu kuat tekanan didepani oleh cabaran di akhir zaman ini.

Tidakkah dikau mengutarakan kepada ku agar dicari ruang dan kesempatan membaca?

Dan buat pengetahuanmu kini berkoflik di minda ini mengenai kalimah hayatan thayyibatan tatkala tidak upaya diabaikan gambaran sebenar sejarah negara kebanggaan mu yang memerlukan setiap penyelesaian permasalahan atau yang sengaja dicetuskan permasalahan adalah menerusi perang saudara. Konflik yang memerlukan resolusi ketenteraan!
Dan dugaku negara kebanggaanmu itu tentunya Amerika!

Menjawablah adakah ini satu-satunya cara terbaik untuk mengatur keamanan dunia?
Dan biar dikau jelas dengan pendirian ku ini bahawa Amerikanisasi dan Eropanisasi bukan pilihan yang tepat untuk menjadi sumber dibina kekuatan.

Daku tahu dikau akan kekal berterusan memendamkan rasa amarahmu.

Namun mencuba berlaku saksama menjawablah apakah tidak wajar diwujudkan Mahkamah Keadilan yang berbeza dengan Mahkamah Keadilan yang sedia wujud apabila kebebasan bersuara warga muslim membenarkan untuk dihormati tuntutan dan kehendak kepada perlaksanaan perundangan syariah sebagai rujukan.

Andai dikau masih terus dengan kemarahanmu jelas dikau tidak memahami dan menghormati erti kemuslimanku yang tidak meletakkan hanya urusan makan minum dan ghairah nafsu sebagai senarai utama kerana setiap amalan yang baik dari kalangan lelaki dan perempuan yang beriman, pasti ya ku jelaskan lagi pasti Allah menghidupkan mereka dengan kehidupan yang baik dan pasti ya pasti dianugerahkan ganjaran yakni balasan yang sebaik-baiknya dari apa yang mereka usahakan.

Sukar untuk diucapkan salam perdamaian denganmu!

'saudarimu'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan