Khamis, 15 Oktober 2009

Warkah Buat Pendua teja dan thanaif

Agar Allah memayungi jiwa kita dengan iman.

Amat memaklumi di antara kita memang tidak sama sekali berminat untuk mengiktiraf diri menjadi sebagai penyokong atau peminat parti melayu bersekutu.

Tidak sesekali.

Kita juga sama sekali tidak berminat dengan penonjolan hipokrasi eliet yang dimegahkan oleh ‘biduanda-biduanda atau biduanita-biduanita’ yang ceria memelankolikkan kemeriahan media bergegak gempita menyuluh jalan-jalan yang sudah terang dan jelas sesudah 12 Mac tahun penuh sejarah yang lalu.

‘Pyrolog’ yang ditindan begitu dalam oleh sejenis kuman diskriminasi masih tebal dengan debu-debu sulfur menjadikan sebahagian lorong-lorong pintasan yang dibina tidak membawa apa-apa makna.
Lantaran kesukaran di pihak tertentu untuk mendapatkan perawat-perawat bakteria yang masih menyelimuti minda sehingga sentiasa berasa jiwa merdeka itu boleh ditukar dengan sedulang nama.

Bersabar thanaif mahupun teja yang tulen.

Mereka sangka setiap usaha perlu bertaruh dengan harta.

Kasihan mereka yang mendajjalkan diri sendiri setelah tahu cendana pula, bila sudah tahu pura-pura mereban ayam itik malah angsa juga,itik angsa ayam serama belanda merak bermahawangsa menjaja maharajalela dinyaring-nyaringkan nada dering gema irama, siapakah yang kena perdaya?

Duhai teja thanaif yang tulen, bagaimanakah perasaan sebenar yang bermain di hati apabila wujud penduplikasi?

Eeemmmmm ya, baru tersingkap di akal fikir dan terbetik rasa bermain di lubuk hati yang paling dalam sehingga gemuruh seluruh minda tatkala mahu dikupas rasa nubari menjadi penyamar, adakah etika yang mengurus tadbir?

Rela diraikah dengan temasya dendang dondang si anak muda?

Apakah yang sedang bermain pada minda mu thanaif teja yang tulen?

Orang malas sahaja yang suka menonton televisyen.Malas berfikir dan malas berproaktif.

Alasan?

Idea yang diskripkan dipantulkan menjadi tabiat yang memerlukan semula proses penaakulannya lantaran bukan kesemua yang disiarkan sesuai menjadi budaya yang mewacanakan keperluan masyarakat kita.

Ya bukan semua!Fahamkan ayat itu.

Signifikasinya bukan kesemua yang dibawa oleh budaya moden perlu ditiru menjadi sebahagian dari kaedah kita mengamalkan cara hidup.

Apakah kehidupan masyarakat yang diasaskan kepada pengkhianatan sehingga sengketanya dirunding bicarakan mahu dijadikan tabiat kita di sini yang faham realiti penegasan bahawa apabila wujud negeri-negeri yang beriman dan bertaqwa pasti dibukakan barakah langit dan bumi buat mereka. Namun apabila rela berdusta keamanankah yang menaungi hidup mereka?

Dari sudut mana yang anda mahu gariskan panduannya?

Di sinilah masalah yang menjadikan kita berkonflik lantaran tidak memahami hakikat mengapa ditolak budaya dan cara berfikir yang tidak mementingkan norma-norma moral dan adap iman yang mengetikakan diri individu, kekeluargaan, masyarakat dan negara.

Misal yang lain?

Bukan langkah yang bijak untuk terus menerus menempatkan para esekutif anda di negara-negara tertentu (budaya agama adat resam moral etika cara hidup dan kaedah berfikir yang berbeza) dalam mengawal atur dan penyelenggaraan senggaraan komunikasi dan penyiaran juga pengedaran bahan terbitan yang ditolak oleh minda warga yang menjadi penonton di negara itu.


Manakala paparan di siber lebih memerangkap pelayarnya ke kancah isu-isu yang disensasikan bagi diraih faedahnya oleh Kementerian Luar dan Pertahanan negara yang berkepentingan di dalam mendepani isu Rusia dan Georgia misalnya.

Feadah yang diraih secara percuma ialah idea.

Sudah faham dan jelas mengapa kami mulai membenci untuk terus berinteraksi dengan frekuensi juga talian hayat gelombang bimbit?

Malah kami mulai terfikir bagaimana pihak itu seolah-olah memerlukan skrip bagi dibenihkan bibit juga putik-putik ‘mesra’ pada hubungan yang tidak dianggap sihat yang wujud di antara lelaki dan wanita juga remaja dan belia malah juga lebih tidak mulianya apabila seakan wujud fenomena yang berupaya mengeruhkan hubungan dan kasih sayang di antara suami isteri anak-anak dan keluarga.

Wajar juga diterima hakikat bahawa bukan semua remaja dan belia gemar menonton televisyen atau mendengar radio malah bukan semua perlu memulakan harinya dengan siber.

Ini wajar diakui kerana kebebasan untuk memilih keperluan memenuhi keperluan adalah berbeza dengan memenuhi kehendak.

Revolusi akidah dari Islam lebih mewacanakan akhlak dan iman untuk dicontohi dan diteladani bukan dipersaingkan.

Fahamkah wahai penyamar teja juga thanaif?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan